Bila Dia Menaip
Sinopsis Black Vs White
Tuesday, December 10, 2013, 2:09 AM , 0 comments

Esya, gadis yang obses dengan permainan catur. Semuanya kerana ingin mengikut jejak langkah abangnya yang pernah bertanding hingga ke peringkat dunia.
Arul pula, lelaki yang dikatakan 'unbeatable' siapa yang berani lawan ketua kumpulan 'H.A.V.O.C' yang sentiasa memegang rekod menang dalam masa 5 minit. 
Bila Arul berpindah ke sekolah yang sama dengan gadis gila catur itu, pantas Esya mengambil langkah untuk menjemput Arul agar menjadi jurulatih kelab catur sekolah. Namun, sekalipun Arul tidak mahu memberikan maklum balas. Pandang Esyapun tak sudi. 

Esya - Dia fikir dia siapa? Belagak betul!

Arul - Perempuan lembab tu betul-betul pandang rendah pada catur.

Pertarungan perlu di jalankan. Strategi mula disusun. Target Esya ialah menarik lelaki yang sombong itu ke dalam kelabnya. Ya! Walau dengan apa cara sekalipun. 

#novel ini akan ditulis selepas 'cinta bulan madu' siap! 
#rangkanya apa semua dah siap tingal menaip jea!
#novel ini di inspirasikan oleh abang saya sendiri =P xD 
#mungkin pertengahan bulan bagi tahun 2014 baru siap separuh huahahaha xD

Labels: , ,

Cinta Bulan Madu 2
, 1:42 AM , 0 comments

bab 2
            "Nah, sapu tangan kau! Terima kasihlah sebab sudi bagi aku pinjam. Lagi satu, kau jangan risau. Aku dah basuh bersih-bersih. Siap, letak minyak wangi lagi!" Luna menghulurkan sapu tangan itu ke arah Azril.
            "Apa kau ni, tak apalah. Kau simpan je. Aku dah ada yang baru. Lagipun, sapu tangan bunga-bunga macam ini tak sesuai untuk aku. Simpan-simpan!” Azril melemparkan senyuman ke arah Luna.
            "Eh, mana boleh! Ini kau punya. Aku tak suka ambil barang oranglah!" desak Luna. Dia tak mahu mengalah. Azril tersenyum sinis.
            Sapu tangan itu diambil juga. Azril mengeluarkan pen dari koceknya. Dia menulis namanya berserta alamat dan nombor telefon di atas sapu tangan itu. Tulisannya kemas dan mudah dibaca.
            "Now, I give it to you" Azril membuka beg galas Luna dan menyimpan sapu tangan itu di dalamnya.
            "Tapi..."
            "Luna!" panggil sekumpulan budak perempuan yang kebanyakkannya rakan sekelas Luna.
Luna menoleh ke belakang. Apa pula kali ini? Resah gelisah Luna dibuatnya. Mesti ini berkaitan dengan Syad dan Maya. Aduh, malasnya!
            "Azril, kau tunggu sekejap. Sekejap tau!" Luna mengatur langkah ke arah mereka.
            "Hey, kau masih sukakan Syad?" soal Natrah. Luna membisu.
            Perlukah dia menjawab soalan yang dia sendiri tidak pasti akan jawapannya? Apatah lagi, selepas kejadian semalam yang menguris hatinya dan rasa seperti sudah hilang segala keyakinan terhadap Syad. Dia juga tak mahu terbawa-bawa dengan perasaan seperti itu.
            "Bila orang tanya, jawablah! Daripada kau suka Syad lebih baik kau suka tu, Si Azril tu! Tak , orang macam kau ini layak untuk Lutfi je. Sama lembab. Sama nerd." marah Nana. Badan Luna ditolak sedikit.
            Luna tidak membalas apa-apa. Dia hanya bersabar dan bertenang. Fikirannya juga dipositifkan agar tidak bertindak mengikut perasaan walaupun hatinya jelas tersinggung.
            "Lagi satu Luna! Kau, jangan gatal-gatal nak dekat dengan Syad lagi. Dia milik Maya. Faham tak?" tengking Atilia. Hati Luna semakin perit. Azril menarik beg Luna.
            "Sudahlah. Jom, Luna. Maaflah, kita orang ada kerja nak disiapkan" Azril tegas bersuara.
Sikitpun dia tak mengerti apa yang ada di fikiran gadis-gadis itu. Hairan sungguh. Bersikap tidak sopan hanya akan memburukkan nama sendiri. Tak ada rasa segan silukah?
            "Azril, aku memang sentiasa dapat bad luck ke? Kenapa aku rasa macam, aku ini seorang yang pembawa malang?" Luna menangis teresak-esak.
            "Kenapa kau tanya aku?"
            "Sebab, semalamlah. Semalam, apa yang kau cakap tu. Betul-betul berlaku, kan?"
            "Mana ada! Itu, aku main-main saja. Aku saja teka macam itu, sebab nak usik kau. Aku nak tahu apa riaksi kau lepas aku cakap macam itu. Aku suka tengok muka kau tengah marah. You look beautiful and even more beautiful." sebenarnya tersentak juga Azril mendengar kata-kata Luna itu.
            "Tipu! Azril tipu!" Luna tidak mahu mengalah. Luna memang begitu. Keras kepala hinggakan kadang kala Lina terpaksa mengikuti semua kata-katanya.
            "Atau, kau sebenarnya tak sanggup? Kau tak sanggup nak beritahu aku perkara yang sebenar-benarnya. Betul tak?" tambah Luna. Badannya mula terasa semakin lemah. Mungkin, kerana semalam dia mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam.
            "Dahlah tu. Janganlah nangis lagi! Aku tak suka tengok kau nangis. Kalau kau nak terus menangis dan menangis. Baiklah! Kau nangislah kat sini seorang-seorang!" jerit Azril.
            Dia meninggalkan Luna seorang diri di situ. Yalah, buat apa lagi dia menunggu? Melihat Luna begitu hanya memyebabkan dirinya juga terguis dan terluka.
            "Adik!" jerit Lina dari jauh.
            "Nasib baik sempat. Luna, kenapa ni? Hey, bangunlah! Luna!" Lutfi menahan badan Luna hanya dengan sebelah tangan. Mana kala, tangannya yang sebelah lagi menampar-nampar perlahan pipi Luna agar gadis itu sedar.
            "Luna kenapa?" tanya Ayu.
            "Entah, tiba-tiba dia hilang imbangan. Bila aku sambut tadi, dia terus pingsan." Lutfi mengendong Luna seperti puteri. Kelam kabut juga bila melihat rakan karibnya sejak kecil pingsan begitu.
            "Nasib baiklah kau ada Lutfi, ini dah kira enam kali kau selamatkan Luna" Ros bersuara.
            Lutfi tersenyum. Tiada apa yang perlu dibanggakan. Sejak dulu lagi dia telah berjanji untuk melindungi Luna. Mereka sudah akrab seperti adik-beradik kerana sejak kecil mereka berjiran.
            Tanpa membuang masa, dia membawa Luna ke bilik rawatan. Azril yang terdengar jeritan Lina berpatah balik. Dia berlari mengejar Lutfi dan yang lain.
            "Lutfi, kenapa Luna ni? Pingsan lagi ke?" tanya guru yang bertugas pada minggu itu.
            "Nampaknya, macam itulah cikgu."
            "Dia mesti belajar sampai lewat malam lagi." Lina mengusap-usap kepala adiknya.
Azril pula masih tercungap-cungap dan berjalan ke sebelah Lutfi.
            "Tak apalah. Biar dia di sini dulu. Lina, ikut saya ke pejabat"
            "Baik cikgu!"
            Lina sempat juga memandang Lutfi walaupun seimbas. Tedetik juga hatinya agar suatu hari nanti, Lutfi akan menjaga dan menlindunginya seperti mana Lutfi menjaga dan melindungi Luna.
            "Kalau macam itu, jomlah kita balik kelas." pelawa Ayu.
            "Aku nak tunggu sampai Luna sedar." kata Lutfi dan Azril serentak.
            Qaira tersenyum. Ada-ada saja dua lelaki ini. Mereka berdua masing-masing ingin menjadi hero.
            "Aku suka dia, kaupun suka dia. Jadi aku harap kita boleh bersaing secara sihat. Biar Luna sendiri yang pilih siapa dia suka" Lutfi dengan yakin berkata begitu, sebaik saja dua gadis tadi menghilang daripada pandangannya.
            "Mana kau tahu aku suka dia?"
            "I can read your mind.We also, have the same feeling towards her and, aku cadangkan kita boleh bertanding secara sihat." balas Lutfi.
            Azril melihat Lutfi dari atas ke bawah. Lutfi memanglah mempunyai wajah yang kacak, putih dan tinggi namun, bentuk badan Lutfi agak besar berbanding bentuk badan Azril sejurus menjejaskan populariti dan kekacakkan Lutfi.
            Berlagaknya. Kalau handsome macam aku tak apalah juga, perli Azril di dalam hatinya.
Lutfi duduk di hujung katil Luna. Azril pula cuba memikirkan cara agar dia dapat menjauhkan Luna daripada Lutfi. Lelaki itu hanya akan menjadi penghalang mereka berdua.
            "Syad!" Luna tersadar. Gadis terus duduk. Luna menolah ke kiri dan kanannya. Dia mencari lelaki yang muncul dalam mimpinya tadi.
            "Lun, awak dah sedar?" Lutfi menghampiri Luna, yang lenih mesra dipanggil Lun.
            "Bodoh! Kalau dia tak sedar, buat apa dia duduk?" Azril mengetuk kepala Lutfi.
            Luna tidak mengendahkan Azril dan Lutfi. Dia masih lagi tercari-cari Syad. Suara lelaki itu, jelas kedengaran di telingnya. Seperti lelaki itu sangat dekat dengannya.
            Mana Syad? Kenapa dia tak ada di sini? Mana dia?, berkali-kali bibirnya mengomel tanpa suara.
            "Luna, hey Lun!" Lutfi menggoyang-goyangkan badan Luna.
            "Lutfi, mana Syad? Tadi, saya dengar suara dia. Tapi, saya tak nampak dia. Mana dia?" Luna menggengam kolar baju Lutfi.
            Lutfi tergamam. Rasa kecewa sedikit. Kenapa dia mesti bertanya mengenai Syad? Apa gunanya dia berada di sisi gadis itu sedangkan yang dicarinya lelaki lain? Sakit.
            Luna melepaskan gengamannya. Dia melunjurkan kakinya ke bawah. Kepalanya terasa amat sakit tapi, dia masih mencuba untuk turun dan mencari Syad. Entah mengapa hatinya memaksa dirinya untuk mencari lelaki itu.
            "Luna. Hey, Luna Insyirah Alisya. Syad. Tadi, dia ada tapi dia dah masuk kelas. Dia suruh kau rehat baik-baik. Dia cakap, dia tak boleh nak teman awak. Kawan-kawan Maya mengamuk nanti. Awak bukan tak tahu dia orang itu macam mana. Betul tak?" Lutfi mengusap-usap kepala Luna.
            Azril pula tidak puas hati. Rapat sungguh mereka berdua. Azril terus mendehem kuat.
            "Azril? Kenapa?" Luna menyoal. Baginya usapan itu sudah biasa kerana sejak kecil Lutfi sering melakukannya agar Luna lebih tenang. Lutfi pula ketawa berdekak-dekak.
            "Kau dan Lutfi, memang rapat macam ini ke?" Azril agak terkejut.
            "Ya. Kenapa? Nampak pelik ke?" Luna menelengkan kepalanya.
            "Dah-dah. Luna, awak baru sedar daripada pingsan! Rest up. Jangan over-active pula" nasihat Lutfi.
            "Tak mahu. Luna nak masuk kelas. Lut, Luna okeylah!"
            "Jangan nak mengada-ngada! Luna. Baringlah! Rehat!" Lutfi menolak badan Luna hingga gadis itu baring di posisi asalnya ketika pingsan tadi.
            Tangan Lutfi ditepis. Luna mencemik. Dia kata, dia tak mahu. Tak mahulah. Paksa-paksa pula. Menyusahkan diri saja! Luna duduk semula.
            Lutfi memandang Luna dengan penuh rasa marah. Keras kepala betul. Ingin saja dia menubit-cubit pipi Luna hingga merah. Sejak kecil, Luna memang tak berubah. Lutfi mencekak pinggangnya.
            "Luna!" marah Lutfi. Dia mengerutkan dahinya. Jujur dia tak mengerti. Apa sebenarnya yang Luna mahukan. Sedikitpun dia tidak mengerti.
            "Maaf!" muncung di bibir Luna semakin panjang. Dia terus baring lalu cuba memejamkan matanya. Takut.
            Azril tercengang. Baru begitu sudah takut? Apa yang menakutkan dengan hanya jeritan sebegitu. Hairan sungguh.
            "Be a good girl, okey? Nanti, ummi dan kak Intan kau datang jemput kau. So, stay here! Jangan keluar dari bilik ini tanpa sebab yang aku boleh terima okey?"
            "Ya!"
            "Promice to be a good girl?" Lutfi menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Luna.
            "Ne! (Ya!)" Luna berjanji dan menyambut jari itu dengan jarinya.
            Lutfi tersenyum. Lunalah satu-satunya gadis yang mampu membuat dia tersenyum lebar. Kerenahnya memang mencuit hati.
            "Kalau macam itu, saya masuk kelas dahulu. Tunggu sini baik-baik!" Lutfi melangkah ke pintu keluar.
            "Bye, Luna. Nanti aku bagitahu cikgu kau tak sihat." Azril mengekori Lutfi.
            "Hey, Lutfi!" panggil Azril.
            "Apa?"
            "Kau cakap kita perlu bertanding secara sihat dan, biar Luna pilih siapa yang paling dia suka betul tak?"
            "Ya" balas Lutfi seperti acuh tak acuh.
            "Jadi, lepas cuti setengah tahun ini, kita akan suruh Luna pilih antara kau atau aku deal?" cabar Azril. Lutfi mengangguk perlahan. Apa salahnya?
            Azril menjeling Lutfi tajam. Tapi, jika difikirkan semula, takut juga. Entah-entah Lutfi spesis yang sama dengan Luna. Perubahan ketara dalam masa singkat. Alamak! Tak, tak. Luna istimewa. Tak sama dengan Lutfi. Tak keruan hatinya.

kini novel ini sudah jd e-novel di penulisan 2u.. berikan komen ada di sini!
http://www.penulisan2u.my/2013/12/novel-cinta-bulan-madu-2/

Labels: ,

Cinta Bulan Madu 1
Friday, November 29, 2013, 7:42 AM , 0 comments

"Bila kau di dalam kegelapan, akulah cahayamu. Bila aku di dalam kesedihan, kaulah penceriaku."

Bab 1
"Ya Allah! Hey,are you blind or something? Mata kau itu letak kat mana? Langgar-langgar orang pula.Kau tak boleh jalan baik-baik ke? Kau tengok baju aku ni, habis kotor. Kau inikan, menyusahkan betul! Geram aku dengan kau." bebel gadis berusia 17 tahun itu.
            Dahinya yang licin dikerutkan. Berkali-kali dia memandang bajunya. Comot. Hatinya tertanya-tanya tak tahukah yang berdiri di hadapan dia ini ialah penolong ketua pengawas di sekolah itu? Suka-suka hati saja langgar dia begitu.
"Pardon? I'm sorry. Kau tak nampak ke yang aku cuma ada 2 mata. Satu kiri, satu kanan. Lainlah kau, ada 4 mata!" perli lelaki yang melanggar gadis yang bernama Luna itu.
            Luna tersentak. Eh, mamat ni! Dah langgar orang bukannnya nak mintak maaf. Kecohnya! Aku bagi flying kick free baru tahu, Luna terus mengomel di dalam hatinya. Berani sungguh dia berkata begitu. Kalaulah ini adiknya, pasti sudah di belasah hingga koma. Kurang ajar betul!
"Luna dahlah. Sabar sajalah. Orang macam ini memang tak patut dilayan. Jom, nanti Syad nampak lagi teruk. Kau bukan tak tahu dia mengamuk macam mana. Lagipun, kalau dia nampak macam ini confrom kau kena rijek awal-awal" Humaira menarik-narik bahu Luna agar segera beredar di situ. 
            "Kau? I'm sorry. Maksud aku, you have a crush or he is your boyfriend? Wow, tapi aku rasa-rasalah ini mungkin petanda buruk untuk kau. Lupakan sajalah." lelaki itu tergelak besar. Dia sengaja menakut-nakutkan Luna.
            Kalau muka cantik tak apalah juga. Ini cermin mata besar macam badut. Agak-agaknya ada ke orang yang suka perempuan macam ini? Dahlah membebel macam nenek kebayan. Lawak, lawak, sindirnya di dalam hati.
            Luna tercengang. Kata-kata yang keluar dari mulut lelaki tersebut ibaratkan pisau yang menusuk-nusuk dadanya. Pedih sungguh. Dia terus melihat ke arah baju lelaki itu, dia memandang tepat ke poketnya. Tertanya-tanya juga di mana lencana dan tanda nama lelaki itu kelihatan seperti baru dicabut. Jangan-jangan ini budak nakal ataupun, murid baru.
            Angin mula bertiup kencang. Luna pula menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan-lahan. Tak patut juga dia membebel-bebel. Mungkin salahnya juga. Cermin matanya dibuka. Tak sangka ada pula air yang terpercik di kanta cermin mata itu. Luna mengelapnya sebersih mungkin. Sambil-sambil itu, Luna memerhatikan sekelilingnya. Tidak ada sesiapa yang boleh mengetahui kejadian ini. Kalau tidak, pasti kecoh nanti.
            Jejaka itu pula terkedu sebentar. Dia menggenyeh matanya. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Puteri atau bidadari? Hatinya tertanya-tanya. Kenapa dia kelihatan begitu cantik?
            "Hello, earth to mars? Can you hear me? What are you looking at? Already give up or lost your mind?" Luna melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka lelaki tersebut.
            "Maaf, aku nak tanya kau ni bidadari ke?" lelaki itu tiba-tiba saja merapu. Dua lagi sahabat Luna hanya gelak sakan.
            "Jeoge-mwoeyo? Da-gwenchanayo? (Apa tu? Kau tak apa-apa ke?)" terus terkeluar bahasa Korea Luna.
            "Bahasa apa tu? Apa yo-yo? Itu bahasa kaum kau ke?" bingung juga kepala otaknya. Tak pernah dia dengar perkataan begitu.
            Ketiga-tiga mereka tesedak dan mentertawakan lelaki aneh itu. Luna menggeleng perlahan. Skru di kepala lelaki itu sudah longgar agaknya. Mungkin, itu menyebabkan lelaki itu terus merepek yang bukan-bukan.
            “Mungkin. Tapi, ini rahsia kita saja tahu! Jangan bagi tahu orang lain okey?” senyuman tipis terukir di bibir Luna.Dia menarik tangan dua kawannya. Boleh gila jadinya jika terus berada di situ.
            "Qaira! Macam mana ni? Tak hilang jugalah. Mesti kena marah kaw-kaw dengan Syad." riak wajah kerisauan jelas terpampar di wajahnya.
            "Adik, kenapa ni? Risau akak tengok adik. Nampak hantu ke, dah kena kejar terus?" soal Lina cemas.
            Luna memandang kembar angkatnya berkali-kali. Dia sendiri tak tahu nak mulakan ceita dari mana. Bibirnya dicemikkan. Tangannya terus menerus menyental bajunya itu. Habis basah kuyup. Sungguhpun begitu, kotoran itu masih tidak mahu hilang. Mungkin inilah sebabnya kotoran seperti itu digelar kotoran degil.
            "Kalau tak boleh hilang, Luna pakailah kot baju pengawas yang Luna pakai tadi. At least, terlindung sikit." cadang Qaira. Dia cuba mencari akal untuk membantu penolong ketua pengawas itu.
            "Tapi, baju tu panaslah. Tak mampu Luna nak pakai sampai balik. No no no" rungut Luna.
Lina mencekak pinggangnya. Wajahnya yang bulat itu menggeleng sambil pipinya dikembungkan. Comel sungguh. Lina bukan saja comel malah cantik. Bibirnya merah asli seperti memakai lipstick.Bulu matanya lentik. Ketinggian Lina juga ideal. Ianya melengkapkan lagi kecantikan Lina.
            Remaja tersebut juga ibarat duta sekolahnya. Pelajarannya daripada segi akademik dan pengelibatannya di dalam bidang kokurikulum juga stabil. Lina juga dipandang seperti seorang 'tuan puteri' di sekolah itu. Segala harapan juga diberi kepadanya. Walaupun dia berjiwa lasak, dia masih seorang gadis yang bersopan-santun serta berbudi bahasa.
            Luna memandang kakaknya lagi. Dia mengeluh. Pantang betul melihat riak wajah Lina yang seperti itu.
            "Okey, okey. Fine!" Luna mengalah juga.       
            "Cakap awal-awalkan senang. Biar akak pergi ambilkan, ya? Jom Ayu."
            Keluhan demi keluhan keluar. Dalam hatinya terus memaki hamun lelaki itu. Semua ini menyakitkan hatinya. Benar-benar sakit. Tak ada benda lain yang ada difikiran Luna selain wajah senyuman sinis yang penuh dengan sindiran.
            "Luna, walaupun dia itu gila. Dia boleh tahan kacak jugakan? Kalau nak dibandingkan dengan Syad, dia lagi sesuai untuk puteri yo-yo kita ni" usik Humaira. Gelaran putri kayangan masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
            Qaira tertawa lagi. Geli hatinya. Ada benarnya juga. Lagipun, buat apa Luna suka pada Syad yang jelas tidak akan memandang Luna sebagai seorang gadis normal? Syad juga popular di kalangan pelajar-pelajar yang cantik dan lebih sempurna daripada Luna. Perasaan Luna pada Syad pula sekadar suka-suka. Tak terniat di hatinya untuk bercinta dengan lelaki itu.
            "Eww! Mamat gila tadi? Memang taklah! Lagipun, he can't beat Syad. N.E.V.E.R! Never!" kata Luna angkuh.
            "Kim Hyun Joong vs Syad? Siapa yang lagi kacak? Atau, mungkin Yong Hwa. Syad boleh menang ke?"
            Luna tergagap-gagap. Dia keliru. Dua jejaka korea yang disebut oleh Qaira itu merupakan artis korea kegemaran dan pujaan Luna. Tak mungkinlah Syad boleh menandingi mereka.
            "You know... in this case... mestilah... Syad kalah..." jawab Luna setelah berfikir panjang.
            "Tapi! Kalau kalau tanya fasal perangai. I guess you both know, they same in k-drama. Cool and Cold. Terutamanya dalam cerita playfull kiss"tambahnya pantas.
            "Bo? (apa?) Mana ada sama!" celah Ayu yang juga peminat fanatik kumpulan-kumpulan K-pop antaranya, EXO, B2ST, 2PM, Big Bang dan lain-lain lagi.
            "Lantaklah! Yang penting dia, B.S.J saya!" Luna bersuara dengan nada gediknya yang dibuat-buat. Lidahnya turut dijelihkan. Dia sedia maklum dengan perangai Ayu dan Syad. Pantang berjumpa pasti bertikam lidah. Sungguhpun begitu, mereka masih bersahabat baik. Sebagai peminat Syad pula, Luna adalah orang yang mempertahankan Syad.
            "Hwaksilhayo? (Awak fikir macam itu?)" Ayu mula bertutur dalam bahasa Korea yang dijadikan sebagai bahasa ketiga dia dan Luna.
            "Dangyeon-hae yo!(Mestilah!)"
            "Anayo! (Tak!)" Ayu masih tidak mahu mengakui bahawa perangai Syad hampir sama dengan watak yang dilakunkan oleh artis popular Korea itu.
            Lina mendengus. Tak tahu nak marah siapa dahulu. Sebelah pihak memuji, sebelah pihak lagi mengkeji. Kalau biarkan pula makin teruk nanti.
            "Joyonghi-haseyo! (Diam!)" jerit Lina. Luna dan Ayu terpaku. Sejak bila Lina pandai berbahasa Korea? Bukankah dia anti K-pop?
            "Ihaehaseyo? (Awak faham saya?)" soal Ayu dan Luna serentak.
            "Apa?" keningnya diangkat.
            "Akak faham ke?" Luna bertanya lagi.
            "Tak! Tapi akak tahu korang gaduh fasal Syad. Cukup. Baik Luna masuk kelas sekarang. Cikgu Anna dah nak sampai tu" Lina terus membantu Luna menyarungkan kotnya.
            Luna mula kelam kabut. Dia terus berlari sepantas kilat menuju kelasnya. Sempat juga Ayu menjerit perkataan ‘haengunneul biminda’ yang bermaksud selamat berjaya.
            "Eh, Syad. Kau nak pergi mana tu?" sapa Luna seperti selalu. Jarak antara mereka pula hanya sekitar 60 cm sahaja.
            Syad membalas sapaan itu dengan jelingan. Dia berpura-pura seperti tidak mengenali penolongnya itu. Luna tergamam. Kenapa Syad begitu? Kenapa Syad kelihatan begitu marah?
Luna memandang lantai dan mencemik. Sedih. Mahu saja dia mengalirkan air mata.
            "Luna! Why you late to my class? You know I hate someone who late!" Cikgu Anna bersuara tegas. Guru yang berasal daripada England itu, kelihatan marah benar pada Luna.
            "I'm sorry Miss Anna, I got a little..." belum sempat Luna menghabiskan kata-katanya. Lengannya dicubit. Perit.
            "Go back to your place!" arah Cikgu Anna. Luna mengangguk perlahan. Dia masih tidak mampu mengangkat muka. Malu. Dia akur dengan arahan itu dan kembali ke tempat duduknya.
            "Kenapalah dengan hari ini? Mula-mula baju aku kotor. Lepas itu, Syad jeling aku. Sekarang ni, kena marah dengan Cikgu Anna." keluh Luna sendiri.
            Tempat duduk Luna jauh di belakang. Sejak  dia pindah di sekolah itu, pada tiga tahun yang lepas, dia sudah dipinggirkan oleh rakan sekelasnya. Qaira, Humaira, Ayu dan Lina pula berlainan kelas.
            "Itu namanya bad luck" sampuk seseorang.
            "Mungkin. Ada betulnya jugakan?" Luna setuju. Tiba-tiba, dia seperti tersedar. Suara siapa pula itu? Kenapa seperti ada orang yang berbual dengannya. Hairan juga. Bukankah tempat duduk di sebelahnya kesong.
            Perlahan-lahan Luna menoleh. Seram sejuk pula rasanya. Terasa semua bulu romanya berdiri tegak.
            "Ya Allah! Apa kau... Bukan, kenapa kau ada kat sini?" terbeliak mata Luna. Jeritannya di didengari satu kelas tersebut.
            "Aku belajar di kelas inilah. Macam kau. Puteri janganlah over-excited" usik lelaki aneh tadi. Selamba memukul bekalang Luna.
            Luna menggigit bibirnya. Geram. Cikgu Anna dan rakan sekelas lain tertumpu pada mereka. Luna pula bukannya gadis yang penyabar.
            "Over-excited? Kau dah gila ke? Kenapa pula aku nak kena rasa macam itu?" marah Luna masih belum lega.
            "Eh, puteri. Kau marah lagi ke?"
            "Ya! Mestilah, and one more thing! My name is Luna not Puteri!" Luna memberontak.
            "Luna Insyirah Alisya! Please keep quiet. You make a lot of trouble today. Azril, Luna. Please be a friend. Alright?" Cikgu Anna menasihati Luna. Suaranya agak tegas. Tersentak juga Luna dibuatnya.
            Di sudut fikiran Cikgu Anna, cuma ada satu perkara. Luna pasti begitu kerana segan. Anak muridnya itulah yang paling susah untuk berkerjasama dengan pelajar lain terutama pelajar lelaki.
            "Ya" Luna membalas dengan satu perkataan saja. Malas pula rasanya ingin bertekak. Tak ada baiknya juga. Perkara kecil seperti itu juga tak patut dibesar-besarkan.Dagunya ditongkat. Entah apa lagi yang akan terjadi nanti?
            Azril menghampiri Luna. Dia mendehem di telinga Luna.
            "Kau nak apa lagi?" ujar Luna perlahan. Namun, jelas dia masih marah pada Azril.
            "Can we share? Princess eh, Luna" Azril mengelip-gelipkan matanya.
            Luna meletakkan buku itu di tengah-tengah meja di antara mejanya dan Azril. Kau ini menyusahkan betul! , Luna memicit-micit kepalanya. Pening. Macam-macam yang berlaku padanya yang jelas merungsingkan.
            Masa terus berlalu, loceng waktu balik berbunyi. Luna cuba tersenyum. Kunci motornya di keluarkan dari kocek baju sekolahnya. Azril pula mengejar Luna dari belakang. Dia benar-benar ingin menjadi sahabat gadis cantik itu.
            "Rumah kau, kat mana? Nak teman boleh tak?" tegur Azril. Luna terkejut. Terbeliak matanya. Makin menjadi-jadi lelaki ini.
            "Teman? Aku tinggal dekat taman dekat-dekat sini saja. Bukan jauh sangatpun" jelasnya.
Senyuman tipis terukir di bibir Luna. Baik juga lelaki gila ni, sempat Luna memerli di dalam hatinya. Mereka melangkah keluar kelas tanpa berbual walaupun sepatah kata. Hanya berbalas senyuman.
            "Lun! Cikgu Yazid nak jumpa kau di perpustakaan!" jerit Azza, rakan sekelasnya.
            "Cikgu Yazid? Betul ke? Okay, thanks Azza!" sambil tersenyum dia berlari ke perpustakaan yang berada ditingkat atas.
            Sejujurnya, Luna berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba saja guru disiplin itu ingin menemuinya. Dia ada buat salah atau ada apa-apa yang tak kena padanya?
            "Luna! Hey, tungulah!" Azril memecut laju mengejar Luna.
            Larian laju Luna tadi terhenti secara tiba-tiba. Ibarat ada emergency brake di kakinya, seperti sebuah kereta. Gadis itu membatu kaku. Tergamam seketika. Air matanya mengalir membasahi pipi. Tak sangka, hari ini juga dia melihat Syad dan Maya berpelukan erat. Langkahnya mengundur. Adakah ini sebuah kebetulan atau akal-akal sahabat Maya? Dia berubah arah. berlari semula ke tingkat bawah. Menjauhi pasangan itu.
            "Itu bukan ke Syad? Dia peluk siapa tu? Main gila betul mamat ni. Sampai dekat sekolahpun nak peluk-peluk." Azril juga terkejut. Nama saja ketua pengawas tetapi berperangai begitu.
            Playboykah lelaki itu? Mungkin, Kasanova agaknya. Azril mengkeritik di dalam hatinya. Dia mengikut Luna lagi. Kasihan betul gadis itu. Masin pula mulutnya.
            "Maya, awak okey tak ni?"
            "Ya. Maaflah, tiba-tiba rasa nak pitam pula."
            "Nak saya teman pergi klinik tak?" Syad kerisauan.
            "Eh, tak apalah! Biar aku teman dia" Tiara tersenyum sinis. Dia menahan Maya dari belakang. Syad mengangguk, lalu ke arah perpustakaan. Memang itulah rutin hariannya selepas waktu persekolahan.
            Azril menghampiri Luna, "Siapa perempuan miang tu?" Azril bertanya dengan lembut.
            "Ex-girlfriend dia. Elmaya. Arissa Elmaya" air mata Luna menitik-nitik tanpa henti. Bak manik putus tali. Hancur hatinya. Pertama kali air matanya mengalir deras kerana kecewa atas perbuatan lelaki yang bukan mahramnya. Tak sangka perasaan yang asalnya hanya sekadar suka-suka mampu menyiksanya begini.
            Luna memandang ke arah sepohon pokok manggis. Dari tempat dia berdiri itu dia dapat lihat sekumpulan lebah berterbangan berhampiran sarangnya. Air matanya pula masih tidak mahu berhenti!
            "Lelaki ini ibarat madu. Kata-kata, wajah dan diminati sama macam madu." Luna mengomel. Sapu tangannya di hulurkan pada Luna. Nasib baiklah dia sering membawanya ke sana ke mari.
            "Kau tak suka madu ke?"
            "Mestilah aku suka. Madu ini,sedap tau!" Luna mengesat air matanya. Dia memang menggemari makanan yang manis.
            Azril tertawa. Cara Luna mencuit hatinya. Comel sungguh wajah Luna sewaktu cuba menghapuskan air matanya. Senyuman Luna apa kurangnya? Manis juga.
            "Contohnya makanan apa?" Azril menyoal mungkin ini caranya supaya dia dapat akrab dengan Luna.
            "Moon cake madu! Buatan mak aku. Dia macam cheese cake biasa tapi atas dia ada madu. Yummy!" sikap kebudak-budakkan Luna mula menyerlah.
            "Moon cake madu? Kenapa tak kek bulan madu je?" usik Azril. Luna kaget. Pantas dia menggeleng.
            "No no no. Nama itu macam miang sangat!" Luna memukul bahu Azril sekuat hati. Selamba betul lelaki itu bargurau seperti itu.
            Azril tertawa lagi. Dia cuba membayangkan bentuk dan rupa kek itu. Pasti enak.
            "Kau suka makanan ke?"
            "Hampir semua jenis makanan manis Luna suka tapi bukan sayur!"
            "Kau tahu makanan itu tak sihat?"
            “Ya”
            “Anyway. Kenapa kau pakai cermin mata? You look pretty without that.” Azril merenung Luna. Azril juga, bukan orang pertama yang kata begitu.
            Luna membisu saja. Menyedari dirinya direnung, dia tertunduk malu. Dia melihat ke jam tangan Baby-G kesayangannya. Sambil memikirkan cara untuk mengelak daripada menceitakan kisah lalunya.
            "Maaflah, Azril. Aku rasa, aku kena balik dulu. Dah lambat ni. Nanti, mak aku marah pula."
            "Nak aku teman ke?"
            "Eh, aku rasa, aku dah okey. Lain kali sajalah kau teman aku. Bye!"
            “Bye. Eh, Luna!”
            “Ya, apa dia?” Luna menoleh sambil tersenyum.
            “Tak. Cuma, hati-hati. Ya?” jerit Azril lalu melambaikan tangannya. Luna mengangguk. Senyumannya bertambah lebar. Dia membalas lambaian itu dengan penuh ceria kemudian, segera mendapatkan motorsikalnya yang diletak berhampiran pintu pagar utama sekolah.

berikan komen positif di 
http://www.penulisan2u.my/2013/12/novel-cinta-bulan-madu-1/

Labels: ,

About me!

Hai2 saya Fazi Fany actually, saya tak minat novel pun.. haha just for fun.. i more at drawing comic but sometime... tangan saya gatal nak tulis novel.. then terabur!=O haha.. it was funny actually sbb teringat mak cakap "itulah suka sgt baca komik sampai bmpun fail" xD apa-apapun novel saya ini kira "komik kepada novel" xD have fun on reading =3
age? I'm 14 turning to 15 =3 still a newbie of novelist =3 know me more?

+ Follow Dashboard
Here!
Please, like yah!
Follow @lolidollycuite
Siri Novelku
A cup of tea or coffee
Sinopsis Black Vs White
Cinta Bulan Madu 2
Cinta Bulan Madu 1